Hari Ahad yang lepas, Balqis dan Bilal buat pertama kali buka booth dan berniaga sendiri setelah banyak kali menyuarakan keinginan nak cuba berniaga. Kebetulan Mummy terjumpa satu post di Facebook FirstSeed tentang bazaar/booth yang memang khas untuk kanak-kanak berniaga.
Selalunya kids bazaar ni memang dah banyak diadakan kat kawasan Kuala Lumpur atau Selangor tapi ni akhirnya jumpa yang diadakan di Pulau Pinang.
Kids Entrepreneurs Club ni di bawah kelolaan HG Concept, sebuah pusat penjualan pokok di Jalan Lahat, Pulau Pinang. Bila dapat tau tentang Kids Entrepreneurs Club bazaar tu, terus Mummy tempah satu booth walaupun tak tahu lagi nak jual apa.
Lepas tu baru lah bincang dengan Balqis, tentang apa yang dia minat and apa yang dia akan 'senang nak jual.' Akhirnya, kami putuskan untuk jual DIY Greeting Cards. Salah satu sebab pemilihan produk ni juga, sebab kebanyakan barang yang perlu digunakan memang dah ada di rumah. Barang-barang kraf Mummy yang dah lama tak terusik tu. Hehe.
Lagi pun Balqis dan Bilal memang suka buat kad (maybe sebab memang Mummy dah biasa galakkan). Asal ada hari jadi sesiapa, laju saja minta izin nak guna barang-barang Mummy nak buatkan kad.
Dan rasanya keputusan nak jual DIY Greeting Card tu keputusan yang betul sebab Balqis dan Bilal memang nampak seronok dan selesa nak buatkan card untuk siapa yang nak mereka tolong buat dan hias kad, dan happy juga untuk bantu rakan-rakan lain yang nak cuba buat sendiri kad.
Walaupun semua persiapan dibuat di saat-saat akhir, booth pun dihias ala kadar tak hias macam orang lain, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Bila tanya pada Balqis dan Bilal, mereka jawab SERONOK!
Kawan Balqis, Imaan juga join hari tu. Balqis dan Imaan berdua pun jual Boromon Baby Cookies. Bila tak ada orang datang booth, mereka pergi ronda satu tapak event tu, tegur pelawat dna rakan-rakan lain, buat sale. Haa tau kan susah nak cari duit. 🤣
Seronok tengok mereka belajar untuk bersosial dan berkomunikasi dengan rakan-rakan lain. Belajar nak bercerita tentang produk yang mereka jual di samping belajar buat kira-kira harga dan bayaran serta baki yang perlu dipulangkan.
Habis event tu, konon nak pergi makan, tapi semua lena dah dalam kereta. Penat sangat berniaga kot. ðŸ¤
Untuk sesiapa yang beli DIY Greeting Cards and Boromon Cookies dari Balqis, Bilal dan Imaan (walaupun ranaya semua tak baca pun blog ni hehe),TERIMA KASIH!
You let them gain the experience. And we made some new friends too!
And thank you Kids Entrepreneurs Club @ HG Concept for an awesome event! We'll be back!
bagusnya program ni, sangat2 bagus dedahkan budak2 dengan aktiviti macam ni, banyak depa boleh belajar
BalasPadamGood one ya! Teringat zaman uni dulu, but this lagi hebat! Great initiative to semaikan entrepreneurship mindset from young...
BalasPadamWah bagus! you and the children had the experience about business and selling
BalasPadamthis looks like such a fun and educational event! the children look like they had the time of their lives.
BalasPadamThis is absolutely a good initiative for kid education on doing business, hope this continue on every year. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadammenarik betul, dari kecil dh boleh belajar liku-liku perniagaan haha. dekat tempat saya tak ada lgi mcm ni. :)
BalasPadam