28 Ogos 2024

Muzium Permainan Tradisional Bukit Malawati: Kembali ke Zaman Kanak-Kanak

Minggu lepas, kami berpeluang bawa anak-anak melawat Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Jauh jugalah perjalanan kami, tapi memang excited nak tengok muzium ni sebab nak tunjukkan anak-anak permainan yang pernah Mummy Daddy main masa kecil dulu.


Muzium Permainan Tradisional ni merupakan salah satu tarikan baru di Bukit Malawati, yang terkenal dengan kubu bersejarah, pemandangan cantik, dan pastinya monyet-monyet yang setia menyambut pengunjung.

Muzium Permainan Tradisional, Bukit Malawati, Kuala Selangor

09 10