Genap dah pasar Ramadhan kat 3 buah negeri yg bersempadan mengelilingi Kampus Kejuruteraan USM. So today, the destination for food hunting is at Nibong Tebal. The pasar here is not really as big and happening as the one in Parit Buntar or Bandar baru. Tapi kat sini ada karipap gergasi. Rugi x amek gambar. Kat kedai kuih ni jugak ada kuih serabai. So juadah hari ni agar2, nasi tomato, paru berlada dah air tebu.
Happy break-fasting!
19 Ogos 2010
Pasar Ramadhan Nibong Tebal, Pulau Pinang
Pak Mat Kerang Rebus, Parit Buntar
Tiap2 tahun bila bulan puasa mesti banyak kedai kerang bakar kat area sini. Salah satunya yang famous kat sini kedai kerang rebus Pak Mat. Macam dah perkara wajib bila bulan puasa carik kerang rebus kat area sini. Dulu kedai Pak Mat kat tepi Hospital Parit Buntar, sekarang kedai ni pindah kat Pekan Lama Parit Buntar.
16 Ogos 2010
Upacara Jejak Tanah – Keturunan Rawa
Mungkin majlis yang dijalankan ini agak simple, tidak se-complete adat yang sebenar seperti zaman dulu-dulu. So sekadar berkongsi dengan mereka-mereka yang juga seperti saya, tak tahu pasal adat ni. Majlis ini dijalankan di rumah nenek saudara Along (Nek Lang) di Kampung Baru.
Bayi keturunan Rawa yang berusia lingkungan 11 – 12 bulan dan sudah pandai berjalan tidak dibenarkan berpijak di atas tanah selagi belum diadakan majlis jejak tanah ni. Dan daripada bacaan, ada juga yang kata bayi2 ni tak boleh memegang bunga, memakai barang kemas dan pelbagai antang-larang lain.
Antara barang2 yang diperlukan untuk majlis jejak tanah ni – bertih, 7 jenis bunga (tak menjalar), daun gelengang, pulut kuning, sepersalinan pakaian kuning utk bayi, ibu kunyit, tepung beras, limau purut, kain kuning, ayam betina yang hidup (untuk bayi lelaki; ayam jantan untuk bayi perempuan), tanah etc.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk Hadief dari kepala hingga ke kaki. Dah habis tu, Hadief dipimpin dan berjalan diatas kain kuning dgn bunga dan daun tu dan disambut oleh Ayah yang tunggu di hujung lagi satu, dan kemudian berpatah balik dan disambut oleh Umi pula. Bacaan doa diulang lagi dan Hadief dipimpin berjalan sekali lagi, langkah ni dibuat 3 kali semuanya. Dan selepas pusingan ke3, Hadief di pimpin berjalan ulang-alik lagi 4 kali, untuk genapkan 7 kali semuanya.
Selesai 7 kali Hadief jalan ulang alik atas kain kuning tu, Hadief dicalitkan dengan ibu kunyit dan tanah – kat dahi, dada, tangan dan tapak kaki.
Dan akhirnya, kedua-dua belah kaki Hadief di jejakkan di atas tanah.
Upacara terakhir dan kemuncak ialah bayi akan disuakan beberapa benda untuk dipilih, dan mengikut kepercayaan, benda-benda ini mewakili beberapa perkara. Terdapat 4 benda yang diletakkan di atas pinggan untuk dipilih iaitu bertih, pulut kuning, bunga hidup dan cincin emas.
Dikatakan, bertih membawa maksud bayi akan petah berkata-kata, pulut kuning membawa rezeki, manakala bunga dan cincin membawa sakit. So selalunya bayi memang cuba tidak disuakan bunga atau cincin.
Untuk lebih senang paham, jom tengok video ni pula.
p/s: Kalau ada sesiapa keturunan Rawa yang masih mengamalkan adat ni dan nak berkongsi mana-mana yang tertinggal, sila lah berkongsi ye. Masa majlis tu teruja tengok Hadief dan tak berapa tumpukan perhatian :P
15 Ogos 2010
Berbuka Puasa di Crown Plaza
Berbuka puasa di Crown Plaza ikut mak. Ofis mak buat buka puasa di sini. Hari ni hari makan puas2 sebelum pulang ke kampus :P ada macam2 kat buffet sini termasuk Japanese food and Arabic food. kuih2 Melayu pun mcm2 jenis termasuk wajik, onde-onde dan cek mek molek.
13 Ogos 2010
Tarawikh pertama Ramadhan ni dengan keluarga
Setelah 3 hari bertarawikh sendiri di kampus, akhirnya dapat bertarawikh dgn keluarga - mak, makcik & sepupu di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Teringat masa kecik2 berjalan ke masjid dgn atuk, tp atuk dah xlarat nak jalan ke masjid dah sekarang.
Seronoknya dapat berbuka & beribadah dgn keluarga. Alhamdulillah :)