18 Mac 2008

Akademi Fantasia 6

Selepas berlabuhnya Tirai Akademi Fantasia 6 pada hari ahad yang lepas, maka diketahui lah sudah pelajar-pelajar AF6. secara first impression-nya, aku x ada pulak berkenan dengan sesiapa lagi sepertimana aku berkenan dengan Adam selepas melihatnya buat pertama kali semasa kejutan untuknya dibuat di Astro KK. masa tirai tu pun, x ada suara sesiapa lagi yang nampak sangat outstanding. x pasti la samada sound system yang x bagus atau diorang yang cover-cover lagi, nak buat surprise pada konsert pertama barangkali. siapa tau,kan.

Mampukah AF6 mengembalikan zaman kegemilangan AF 1,2 dan 3 yang kian tenggelam semasa musim ke 4 dan 5. walaupun masih ramai yang menonton, tapi kehangatan yang dialami jelas tak sama.

Kehadiran Saida, 32 dari Pahang yang merupakan kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza dan 'nenek' Rina, 44 dari Selangor dikatakan adalah langkah untuk menarik penonton menyaksikan konsert mingguan AF6. sedap ke suara mereka? urm.... tunggu dan lihat.

Galeri pelajar AF6 di astro.com.my/akademi_fantasia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10