4 Sep 2008

USM, the APEX university =)


Congratulations, Universiti Sains Malaysia!!

My very lovely USM has been selected as the APEX university by the Ministry of Higher Education. Yayy!! Bravo USM!!! Hope USM will improve its ranking in the Times Higher Education Supplement (THES) in 5 years time.


September 03, 2008 19:18 PM

USM berjaya dipilih sertai program Apex

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangannya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerlangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini.
Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020.

“Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya.

Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek.
Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama
.

6 ulasan:

  1. semalam aku tgk berita.. tapi tak tau apanih..

    BalasPadam
  2. APEX tu dalam BM "Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan".

    die cam pengiktirafan la pd USM yang diharap dapat naikkan lagi taraf U tempatan kat peringkat antarabangsa.

    BalasPadam
  3. Tahniah :)
    hope u pun same cemerlang sama ngan USM la ek :)

    BalasPadam
  4. Raz,
    hehe..
    minTak2.....
    amin...

    BalasPadam
  5. sis aleeya,
    huhuu
    hebat x hebat sgt la
    tp alhamdulillah la terpilih
    >_<

    BalasPadam

09 10