29.07.09
7.00 pagi
Kecoh sekejap kat kampus kejuruteraan USM Nibong Tebal bila ada notis ditampal bahawa kampus akan ditutup selama 7 hari bermula 29 Julai sehingga 5 Ogos 2009.
Ape lagi..memang kekecohan gila lah. call mak. update facebook status. tweet. what else? haha. Pastu bila kesedaran dah kembali, baru la sedar lapar..and nak pegi breakfast dgn roommate. sampai kat guard, kene patah balik sbb no one is allowed to go out of campus without doing the medical check up. isk.nak g makan je pon. so patah balik ke kafe staff utk makan, sambil bergosip tentang cuti sempena h1n1 ini.
dimaklumkan bhw pelajar PostGrad dikecualikan dari cuti. haiisshhh~ mengapakah kami kena merisikokan diri kami ni? tp since xde kes positif lagi, xpe la. kene tenangkan jiwa raga dulu.
Pastu pegi kafe lembaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Gila ramai orang. yg tensionnye tgk bdk2 siap bawak beg besar2 lagi pulak tu. sbb ada pengangkutan disediakan untuk ke Parit Buntar & Butterworth.
beberapa jam kemudian..
GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI.
Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.
"Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti. "Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.
(sumber : Berita harian Online)
kami yang student2 PG masih x berpuas hati nih. dah la duduk dalam kampus, di mana ade pelajar yang dikuarantinkan. iskkkk.
dah abes melepak bergosip dan segalanya, balik bilik , check email...
"...Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah jam 10.40 pagi tadi apabila dimaklumkan bahawa ujian makmal Kementerian Kesihatan yang dijalankan ke atas sampel yang dihantar mendapati empat orang pelajar positif Influenza A (H1N1). Sekali lagi keadaan menjadi panik seketika dan satu perjumpaan dengan Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai perubatan diadakan untuk mengetahui apa tindakan yang perlu diambil seterusnya..."
"..Bagaimana dengan Pelajar Ijazah Tinggi?
Kelas dan makmal untuk pelajar Ijazah Tinggi berjalan seperti biasa dan mereka bolehlah berhubung terus dengan Dekan atau Timbalan Dekan untuk mengetahui perkembangan."
ROSNI BINTI HASAN
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Pengarah
uwaaaaaaa...!! nak balikk! oh supervisor...tolong la..saya mahu balik..
:'(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan