13 Jun 2010

Teater Muzikal Teratak Minang

iyaa.. post ini post yg sangat sepatutnya sudah lama di update, tp x terbuat2. dah sebulan dah tgk teater ni, pd 2 Mei 2010. huhuu

dlm post ‘Siapa Lagi Nak Sayang Budaya dan Tradisi Kalau Bukan Kita, Kan?’ ada sebut kat situ psl teater ni secara ringkasnya.

Teater muzikal bukan baru dalam industri teater kat Malaysia ni. dari cerita se-tradisional Sri Mersing, se-agung Puteri Gunung Ledang, se-moden Cuci, juga teater kanak-kanak Taman Baginda. Kebanyakan teater yang dibintangi artis-artis terkemuka, pasti hebatlah sambutannya.

Teater Teratak Minang tak dibintangi oleh nama-nama yang terlalu hebat dalam bidang teater Malaysia, hanya nama-nama seperti Ebby Yus, Leez AF4, Mak Nani dan Razali Buyung. Teater hasil gabungan Malaysia-Indonesia ini uga menampilkan artis dari seberang seperti Hengky Zubir dan Nadia Putri.
  DSC06476  DSC06474    
Tetapi, kekuatan teater ini terletak pada barisan penyanyi-penyanyinya, seperti Elly Kassim & Eddy Silitonga dari Indonesia juga Mastura & Ally Noor dari Malaysia. Mungkin nama-nama ini tak biasa didengari, tapi bagi peminat lagu2 Minang, pasti sekali dengar dah tahu siapa mereka.

Mainan muzik yang diketuai oleh Pak Ngah a.k.a Shuhaimi Mohd Zain sangat bestt!! Sesape yang suka lagu2 tradisional, konfem terhibur dengan alunan muzik yang dimainkan.

Lagu yang didendangkan sepanjang teater merupakan lagu2 Minang Negeri Sembilan & Minang Padang yang terkenal seperti Ayam Deh Lopeh, Ubekkan Denai, Bugih Lamo, Kaparinyo dan my most favourite Minang Song, Badinding (Tari Indang)! :D

DSC06484

Kebetulan hari tu hari terakhir, Malam Gala, turut dihari oleh Dato Seri Utama Rais Yatim. Elly Kassim menjemput Puan Seri Utama berduet dendangkan lagu Ubekkan Denai pada penutup teater. Not bad! ;p
  DSC06494

Oh, masa teater tu jugak, ada seorang jejaka telah berjaya menawan hatikuuuu!!
Diperkenalkan……  

DSC06509

Rustam Rusdi, Arif Rahman Rusvid & Imam Rellygius Tartusi. 3 jejaka anggota kumpulan trio Ganto Rio dari Padang, Indonesia. Yang berjaya menambat hatiku itu ialah Imam yg comel :’) lantak lah org lain kata muka dia jambu. hati dah suka. nasib baik x ikut die balik Padang :p

Dah lah sedih x sedar kamera kompak set ISO tinggi.. tengok gambar dah byk noise.. :( sbb tu jugak x leh upload banyak gambar.

Untuk gambar2 Teater Muzikal Teratak Minang tengok kat sini. Jumpa masa Google hari tu. Nak lebih lagi, Google la sendiri. Hehe.

Honestly, eventho without the cutie pie Imam Rellygius Tartusi, i would still give the show a perfect 5 stars!! Tak kisah la klau lakonan kaku ke, ape ke, sbb muzik, lagu & tarian Minang yang dipersembahkan dah sangat2 menyentuh jiwa! Elly Kassim, Eddy Sillitongga, the actors and actresses, the musicians, the dancers - Artistana Istana Budaya (Malaysia) & Sofyani Dance Group (Indonesia), the crews – they all deserved a standing ovation!!

Terima kasih abg Den Wahab for the beautiful Teratak Minang The Musical!! 

Next, Teater Uda & Dara akan dipersembahkan sekali lagi, pada 10-20 Julai 2010 di Istana Budaya. So, seperti biase, siapa nak belanja? ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10