09 Julai 2011

Tiang atau lembaga?

Setelah pesta itu tamat, saya pun balik. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Jalan ke rumah saya itu lengang dan semak pula. Tiba-tiba saya ternampak tiang yang tinggi dan besar di tepi jalan dengan banyaknya. Saya merasa hairan, bila orang kampung memacak tiang yang sebegitu besar ini.

Lebih 20 tiang saya lihat, saya ternampak satu tiang yang lebih besar dan tinggi dari yang lain. Warnanya juga berwarna lain dari yang lain. Saya mendongak. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat tiang itubermata, hidung dan yang mengerikan lagi ialah taring dan kukunya yang begitu tajam dan panjang. Rupanya ia satu lembaga.


Saya cuba melarikan diri, tetapi lembaga itu cuba mengejar saya. Dia cuba menangkap saya namun tidak berjaya. Tiba-tiba saya terjatuh, badan saya sakit. Bahuku digoyangkan. Saya membuka mata dan ibu di hadapanku. Rupanya aku hanya bermimpi.

Semenjak itu saya tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran apabila hendak tidur.

**************************************************************************
Ok. Jom gelak.... Hahahahahahahahahahahaha! Sumpah gelang guling-guling baca ni balik. Si sepupu, Adiba lagi macam ape gelak jahat gila. Ok tapi memang kelakar kan baca balik. Hahahahaha!

Anyway, tu lah karangan hasil tulisan yours truly bubbles182 zaman dulu2.. :p


*malu*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10