26 Jun 2019

Produk K-beauty terbaru dari Althea A'Bloom

Got myself my very first Althea Korea products and it's the A'Bloom collection yeayyy! Excited sangat bila parcel ni sampai sebab dah baca ramai yang review barang Althea ni memang elok so nak juga lah merasa kan. And sebab sejak-sejak ada anak memang jarang sangat give attention to diri sendiri, ni anak kedua pun dah besar sikit, nak lah memanjakan diri sendiri balik kan. Asyik manjakan anak je hehe. 


Parcel ni sampai few days before raya hari tu. Tapi baru hari ni sempat nak update kat blog sebab (konon-konon) busy dengan raya hari tu. First sekali masa unboxing (which lupa ambik video sad!), surprise dengan packaging kotak dia. It's a Hari Raya themed box, okay. Rasa teruja sangat sebab Althea Korea took the initiative to make it personal as masa tu dah raya season. Love sangat, kan? Memang confirm akan simpan lah kotak tu. Dah lah memang sejenis hoarder hahaha.


A'Bloom adalah jenama terbaru dari Althea Korea yang menjanjikan untuk membawa kegembiraan kepada rutin kecantikan anda. Dengan konsep yang cute, unik dan berwarna-warni, A'Bloom ingin menjadikan rutin kecantikan sesuatu yang menyeronokkan. A'bloom direka untuk menyampaikan produk kecantikan K-beauty dengan segar, cepat dan funky!


So dalam kotak tu ada beberapa barang iaitu set A'Bloom Mask Sheet set, A'Bloom BHA Blackhead Blaster dan A'Bloom Giant & Baby Meringe Puffs. Jom tengok barang-barang tu, jom!


Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff


Althea A'bloom Face Mask Sheet set ni terdiri dari 4 jenis mask dengan manfaat yang berbeza:
  • Water-Me-Long untuk melembabkan (moisturising)
  • Avo-Cuddle-Me untuk menyuburkan (nourishing)
  • Sparkle-Me-Bright untuk mencerahkan (brightening)
  • Ac-Me-Peach untuk anti-cela (anti-blemish).
Althea A'bloom Face Mask Sheet ni dibuat dari 100% kepingan kayu putih semulajadi, tanpa bahan merbahaya seperti formaldehid atau logam berat, membuatkan ia amat selesa dan selamat bagi kulit sensitif!

Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff


Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff


Tak tahu nak pilih face mask mana nak cuba? No worries!
Mengapa memilih apabila anda boleh memilik semuanya?

Althea A'Bloom Mask Variety Pack membolehkan anda memiliki semua jenis face mask ini, dengan 3 pack bagi setiap jenis untuk menangani sebarang kebimbangan kulit yang anda miliki.


The A'bloom BHA Blackhead Blaster is definitely my favourite! I tend to have black and white heads easily. So bila dapat try A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni memang suka sangat sebab Blackhead Blaster ni direka untuk digunakan dengan cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan hidung bersih dalam 1 minit!

Produk ni dibuat dengan bahan BHA semulajadi yang asli semulajadi. Yang penting, ia dapat menghilangkan bintik hitam tanpa rasa sakit dan sangat mudah dibawa dengan saiz nya yang kompak.

Apa yang saya suka dengan A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni?

  • Sangat mudah nak pakai. Sapu kan pada hidung atau mana-mana kawasan dengan bintik hitam atau putih, biar sekejap dan bilas dengan air. Tadaaaa! Bersih!
  • Tak pedih kulit bila pakai.
  • Menggunakan bahan semulajadi - BHA semulajadi dari White Willow, Arang, Biji Aprikot dan Minyak Tea Tree
  • Size kompak dengan rekaan 'stick' - mudah dibawa kemana-mana dan mudah digunakan.


Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff


Kedua-dua Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff pula memang sangat sesuai digunakan untuk make up samada untuk finishing wet atau dry. A'Bloom Meringue Puff ni direka menggunakan bahan tanpa lateks getah yang berketumpatan tinggi dan tanpa kandungan bertoksik, sangat lembut dan fluffy! It blends make up so well and make the make up looks flawless.

Yang menariknya puff ni sebab bentuk 'meringue' nya itu. Jadi ada dua bahagian utama iaitu bahagian yang lebar di bawah dan bahagian yang tirus di atas.

bahagian lebar tu sesuai digunakan untuk sapuan menyeluruh pada kulit muka, manakala bahagian hujung tirus tu sesuai digunakan untuk bahagian-bahagian seperti mata, hidung dan bahagian berbentuk di kawasan muka.

Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff

Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff



All in all, you know what I like most about Althea Korea A'Bloom set? It is so AFFORDABLE!
(Yes, I am cheapskate like that lol)

Nak tengok barang-barang Althea A'Bloom yang lain? Jom check kat sini --> https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom

Dah pernah try Althea A'Bloom ni? Share your experience with me!

15 ulasan:

  1. Bagus Althea ni. Memang ambil hati kan?. Tahu pula raya kan?. Memang teruja tengok packaging produk ni. Suka sangat nengoknya. Berkenan kat fruit mask tu. Suka sangat tengok meringue tu rasa macam meringue yang boleh makan je. Warnanya sangat soft.

    BalasPadam
  2. suka semua produk Althea, dah la harga affordable, free shipping jer kalau beli barang yang shipping direct dari Korea. paling suka packaging, comel sangat2. nak pakai pun happy dan ceria jer..

    BalasPadam
  3. Airah dah dua kali restock mask diaorang. Best gila pakai. Semua koleksi baru ni best. Yang blackhead tu lepas cuci muka memang seronok la rasa licin jee

    BalasPadam
  4. Seronok lah orang perempuan bila sampai bungkusan terutama jauh dari Korea ni hehehe kita nampak ramai orang guna dan post pasal produk ni untunglah orang laki nya produk tak banyak pun wakakkakak

    BalasPadam
  5. Ya allah comel betul meringue puff tu. nak guna pon rasa sayang. Hahahaha. Aah lah, saya baru perasan yg kotak althea tu bertemakn hari raya. Bagus betul lah dorg, pandai ambik hati dgn menerapkan sentimen2 sebegitu.

    BalasPadam
  6. Rawlins gunakan blaster tu seminggu sekali sebab application senang dan cepat.
    Moga dengan istiqamah akan berjaya menghilangkan black head, white head etc tu haha

    BalasPadam
  7. Ramai share pasal althea bloom ni ye. Tergugat jugak iman I ni duk repatedly reading review pasal abloom ni

    BalasPadam
  8. Comelnyaa Meringuee tu. rasa nak beli bagi dekat gf sekali set face mask tu. Mesti dia suka. Althea ni memang patut menjadi pilihan wanita Malaysian yang nak cantik seperti wanita korean. Heheh

    BalasPadam
  9. TB suka sangat satu set ABloom ni.. semuanya memikat hati TB.. hehehehe.. i likeee.. mask tu Tb order lagi.. yang BHA Black head tu pun TB nak order nanti..

    BalasPadam
  10. Seronok kan dapat althea... Wawa masa dpt produk althea yg baru ni teruja giler sebab super dupeer cute... Heheheh... Puff sponge tu rasa nak makan je tengok...mask & puff tu wawa smpi order lagi wt stok. Hihi

    BalasPadam
  11. eh eh... direct order dari sana ke? yang paling kita teruja nak try, yang mask dgn blackhead remover tu. nanti tunjukla vid ke gambar ke tuk blackhead remover. huhu. request naa..

    BalasPadam
  12. Comel sangat meringue puff althea! Dengan design comel macam tu, sesuai sangat dengan warna pastel. Cun jugak design Blackhead blaster tu, convenience nak bawa travel. Nak apply dekat muka pun senang

    BalasPadam
  13. nmpk ramai sgt yg share ni mesti best sgt ni! dh la harga mask tu murah nya lahai!! nk kena grab cpt2 ni before sold out! thanks for sharing :)

    BalasPadam
  14. Dah cuba semua.. best.. mask dia mmg nk beli lagi kalau habis..

    BalasPadam

09 10