28 Mei 2020
27 Mei 2020
Kelas Gendong Online oleh Dr Izam Suziani
Siapa sini ada anak kecil umur kurang dari 2 tahun? Perasan tak anak-anak kecil kita ni, kalau duduk dekat dengan kita je, mesti nak minta dukung?
Tau tak sebab apa? Sebabnya, naluri anak-anak memang suka digendong kerana ianya memberi ketenangan kepada mereka yang baru nak kenal dunia. Anak-anak yang digendong dari awal kelahiran akan menjadi lebih yakin dan berdikari kerana sentiasa mendapat perhatian ibunya.
Pasti ramai ibu yang teringin nak gendong anaknya tapi tak tahu bagaimana, kan?
Ni Balqis ye masa kecil, bukan Bilal.
Ha.. ada berita baik ni. Kini anda boleh belajar menggendong anak menggunakan kain wrap dan baby carrier ergonomik lain secara ONLINE dengan pakar gendong, Dr Izam Suziani dalam FB group khas.
Dr Izam Suziani merupakan Certified Babywearing Consultant dan Medical Trainer License dari Trageschule UK, dan pengasas kepada Babywearing by Baby Ultra. Dr Izam ni juga cikgu gendong kepada ramai artis ternama tanah air tau?
Langgan:
Catatan (Atom)