30 Julai 2024

Naik Kereta Api Furnikular Bukit Bendera di Awal Pagi

Selalu nak bawa anak-anak ke Bukit Bendera tapi selalu tak menjadi kenyataan sebab rasa malas nak redah ramai orang. Kali ni, kami dah buat plan nak naik ke Bukit Bendera dengan kereta api furnikular tu seawal mungkin. 

Jom tengok tips kami naik tren ke Penang Hill yang tidak perlu bersesak-sesak!

06 Julai 2024

Anak-anak Berkebun Sambil Belajar di Kebun Komuniti Masjid Al Rasyidin, Nibong Tebal

Hari ni, Balqis dan Bilal seronok sangat sebab mereka berpeluang menyertai kelas berkebun yang dianjurkan oleh Kebun Didik Al-Rasyidin di Kebun Komuniti Masjid Al Rasyidin, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seronok betul melihat anak-anak ini belajar tentang alam sekitar dan cara menanam sayur-sayuran, sambil menikmati udara segar di kebun yang indah.


Cikgu Sara memulakan kelas dengan memperkenalkan anak-anak kepada anak benih. Beliau berkongsi cerita menarik tentang bagaimana benih kecil boleh menjadi pokok yang menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan. Budak-budak memang teruja, tak sabar-sabar nak petik sayur sendiri! Tapi, yang paling menarik sekali, sayur-sayur di Kebun Komuniti ni adalah organik – tak guna bahan kimia atau racun! Cuma menggunakan kompos dan kawalan serangga secara semulajadi. Memang sihat sangat!

09 10