Disebabkan nampak macam menarik, kami pun terus plan untuk datang keesokan harinya. Dan ternyata, memang tak menyesal singgah!
Kalau nak tahu, muzium ni memang kaya dengan info dan pameran menarik tentang sejarah polis di Malaysia. Walaupun tak boleh ambil gambar dalam muzium, pengalaman kat sini tetap tak mengecewakan.
Ada banyak bahagian pameran yang menceritakan perjalanan dan evolusi pasukan polis dari dulu hingga kini. Antara highlights di Muzium Polis DiRaja Malaysia ni termasuklah sejarah penubuhan pasukan polis di Malaysia, koleksi senjata lama dan unik, pakaian seragam dari pelbagai era dan kenderaan yang digunakan sejak zaman dulu.
Salah satu pameran yang sangat menarik perhatian kami ialah koleksi barang rampasan polis, terutama rampasan senjata api. Serius, cerita pasal operasi polis menentang komunis pun ada ditampilkan kat sini. Boleh nampak betapa pentingnya peranan polis pada masa tu.
Daddy memang tak habis-habis excited tengok senjata-senjata lama.
Anak-anak pula sibuk pilih-pilih miniature kereta polis dan trak.
Antara pameran yang paling meninggalkan kesan ialah rekonstruksi Balai Polis Bukit Kepong dan pameran berkenaan tragedi Bukit Kepong. Di sini, anda boleh tengok bahagian depan Balai Polis Bukit Kepong yang telah direka semula, lengkap dengan maklumat tragedi berdarah yang berlaku. Bila baca kisah anggota polis yang sanggup mempertahankan balai tersebut hingga ke titisan darah terakhir, memang sebak rasa hati. Pengorbanan mereka betul-betul dihargai di sini.
Sayangnya, tak boleh ambil gambar di dalam muzium. Semua pameran dan info menarik hanya boleh dilihat di sana sahaja. Tapi tak apa, kawasan luar muzium pun cukup menarik untuk dijadikan port bergambar. Kalau boleh ambil gambar di dalam, confirm penuh satu galeri kamera kami dengan gambar-gambar pameran!
Bagi yang tak tahu nak ke mana kalau jalan-jalan di Kuala Lumpur, Muzium Polis Diraja Malaysia ni memang destinasi menarik untuk lawatan santai bersama keluarga. Alang-alang dekat je dengan Taman Tasik Perdana, bolehlah terus buat plan untuk lawatan sambil belajar kat sini. Bonus, masuk percuma! Jadi, memang tak ada alasan untuk tak datang. 😊
Sebenarnya, abang dan kakak polis kat situ cakap, ramai yang tak tahu pun muzium ni wujud, termasuk segelintir anggota polis sendiri. Harap lepas ni lebih ramai orang tahu tentang muzium ni dan datang melawat.
Jadi, kalau ada plan jalan-jalan Kuala Lumpur, jangan lupa singgah Muzium Polis Diraja Malaysia ni. Selain belajar tentang sejarah pasukan polis, anak-anak pasti seronok tengok pameran, dan anda juga dapat ambil gambar kenangan yang cantik di kawasan sekitar muzium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan