Baru-baru ni, kami sempat bawa anak-anak ke Planetarium Negara Kuala Lumpur. Kebetulan masa tu ada Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2024, memang rezeki kami dapat datang waktu ni. Last kami datang Planetarium ni tahun 2019, sebelum pandemik. Lepas tu, Planetarium tutup untuk renovasi, dan sekarang dah buka semula. Jadi, memang teruja dapat bawa anak-anak, especially Bakri yang lately memang obses dengan roket dan astronaut.
- Bintang dan planet dalam sistem suria
- Sejarah penerokaan angkasa
- Teknologi yang digunakan dalam eksplorasi angkasa
Selain pameran, ada juga teater tayangan angkasa yang buat kita rasa seolah-olah berada di luar angkasa. Tayangan ni antara tarikan utama yang anak-anak memang suka sebab visualnya sangat immersive!
Sempena sambutan istimewa ni, ada banyak aktiviti tambahan untuk pengunjung, terutama untuk kanak-kanak. Salah satu aktiviti yang paling menarik ialah pencerapan matahari menggunakan alat canggih. Kami juga diberi spectacle filter khas untuk tengok matahari dengan selamat. Memang rare dapat peluang tengok matahari dengan cara ni!
Bakri, of course, paling excited sepanjang lawatan. Bila ada video tentang roket atau angkasawan, dia terus melekat kat satu tempat. Tak bergerak langsung sampai habis video! 😅 Seronok tengok dia explore dan bertanya macam-macam soalan tentang angkasa.
Kalau anda belum pernah ke Planetarium Negara, seriously, it's worth a visit. Selain pengalaman yang menarik dan penuh ilmu, masuk adalah percuma kecuali kalau nak cuba main SpacePod atau tengok tayangan khas dalam teater.
Tempat ni sangat sesuai untuk memperkenalkan anak-anak kepada dunia sains dan angkasa lepas. Malah, ibu bapa pun boleh belajar banyak perkara baru.
Jadi, kalau anda ada masa lapang dan sedang mencari aktiviti keluarga di sekitar Kuala Lumpur, Planetarium Negara adalah destinasi yang sangat berbaloi untuk diterokai. Jangan lupa singgah, especially kalau anak-anak anda pun suka roket dan angkasawan macam Bakri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan