12 November 2024

Kampung Warisan Budaya Kuala Kangsar: Menelusuri Sejarah dan Tradisi Melayu di Pinggir Sungai Perak

Kampung Warisan Budaya terletak di pinggiran Sungai Perak, bersebelahan dengan Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar. Hanya kira-kira 8km dari bandar, tempat ni memang penuh dengan elemen warisan yang bawa kita ‘throwback’ ke zaman dulu-dulu.


Kalau anda sukakan suasana tradisional Melayu, Kampung Warisan Budaya ni memang wajib korang singgah.




Bersama #PerakPassport @ Kampung Warisan Budaya

Apa yang menarik di Kampung Warisan Budaya?

Di sini, terdapat 11 replika rumah tradisional Melayu dari pelbagai negeri. Setiap rumah ada seni bina dan sejarahnya yang tersendiri, membolehkan kita memahami lebih mendalam tentang kehidupan orang Melayu zaman dulu.

Dari rumah tradisional Perak, Kedah, Johor, hingga rumah Negeri Sembilan, semua ada di sini! Setiap satu rumah bukan sekadar tempat untuk bergambar, tetapi juga sarat dengan cerita dan warisan budaya yang tak ternilai.






Selain rumah-rumah tradisional, terdapat juga pameran aktiviti orang lama seperti replika menoreh getah, menanam padi, dan peralatan lama yang digunakan pada zaman dahulu. Ini bukan hanya tentang melihat, tetapi juga tentang merasai dan menghargai kerja keras nenek moyang kita.






Bagi yang suka dengan sejarah, tempat ni pasti akan memberi pengalaman yang berharga. Setiap sudut mengingatkan kita akan zaman dahulu yang penuh dengan tradisi dan adat.








Lagi satu highlight yang menarik di Kampung Warisan Budaya ialah Pasar Seni Budaya Warisan. Pasar ini dibuka setiap Sabtu dan Ahad, dan di sini korang boleh jumpa pelbagai barangan kraf tempatan dan hasil tangan unik yang sesuai untuk dijadikan cenderamata.

Tak hanya itu, pasarnya juga memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang sesuatu yang khas dan eksklusif dari kampung ini.




Dan jangan lupa, tempat ni sangat sesuai untuk korang yang suka bergambar. Ada banyak port bergambar menarik di sekitar kawasan ini – dari rumah tradisional hingga pameran lama yang unik. Jadi, pastikan kamera sentiasa siap untuk menangkap setiap kenangan manis di sini!

Tips ke Kampung Warisan Budaya:
Jika nak datang ke Kampung Warisan Budaya ni, cuba search "Jambatan Victoria" di Waze. Dah sampai di kawasan Jambatan Victoria, korang cuma perlu teruskan perjalanan sedikit je untuk jumpa Kampung Warisan Budaya. Jangan cari KWB terus di Waze sebab boleh jadi dia akan bawa korang melalui jalan yang jauh, sempit, dan agak sunyi (berdasarkan pengalaman sendiri 😅).

Kampung Warisan Budaya bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi satu perjalanan kembali ke masa lalu yang penuh dengan sejarah dan tradisi. Jadi, kalau korang bercuti di Kuala Kangsar, jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini. Sesuai untuk seisi keluarga yang ingin mengenali lebih dekat budaya dan warisan Melayu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10