13 November 2024

Rumah Makan Rendang Tok Yeop – Rendang Asli Dimasak Guna Dapur Kayu Api di Kuala Kangsar

Masa jalan-jalan di Kuala Kangsar hari tu, kami tak lepaskan peluang untuk singgah makan di Rumah Makan Rendang Tok Yeop. Terletak di Jalan Taiping, Kampung Raja Chulan, tempat makan ni memang terkenal dengan hidangan tradisional Melayu. Sudah tentu, yang menjadi signature dish di sini ialah rendang tradisional mereka iaitu Rendang Tok yang semestinya sinonim dengan negeri Perak.



Satu perkara unik ialah rendang di sini dimasak menggunakan dapur kayu api. Cara tradisional ni memberikan rendang aroma yang sangat berbeza – lebih wangi dan menyelerakan. Tambahan pula, mereka menggunakan 14 jenis rempah ratus kering dan segar dalam resipi mereka. Bayangkan saja, setiap kunyahan rendang tu penuh dengan rasa yang kaya dan autentik!


#PerakPassport @ Rendang Tok Yeop

Semasa di sini, kami tak lepaskan peluang mencuba beberapa menu yang memang sedap dan terkenal:

  • Nasi beriyani dengan rendang ayam – Rasa rendang ayam yang lembut dan kaya rempah memang ngam dengan nasi beriyani mereka.
  • Lemang dengan rendang kambing – Lemang yang lembut dan wangi dengan rendang kambing yang pekat.
  • Ketupat palas dengan rendang daging – Gabungan klasik yang tak pernah mengecewakan.
  • Laksa – Salah satu hidangan popular di sini. Kuahnya pekat dan rasa dia memang padu!
  • Pau ayam – Pau yang gebu dan penuh dengan isi ayam yang sedap.


Satu lagi perkara menarik di Rumah Makan Rendang Tok Yeop ni ialah mereka ada jual rendang dalam pek retort. Rendang ni ready-to-eat dan boleh tahan sampai 2 tahun pada suhu bilik! Memang sesuai untuk dijadikan ole-ole atau stok rendang untuk makan bila-bila masa, tak kira musim raya ke tak. Kalau nak cuba, boleh lah beli di website Rendang Tok Yeop ni.



Rumah Makan Rendang Tok Yeop ni mudah dicari sebab terletak di Jalan Taiping, tak jauh dari bandar Kuala Kangsar. Kalau datang waktu makan tengah hari, siap sedia dengan crowd, sebab tempat ni memang popular. Tapi jangan risau, ruang makan dia selesa dan layanan staf pun mesra.

Kalau anda ke Kuala Kangsar, Rumah Makan Rendang Tok Yeop ni memang tempat wajib singgah. Bukan sahaja dapat menikmati rendang autentik yang dimasak secara tradisional, malah anda juga boleh membawa pulang kenangan rasa tradisional melalui rendang dalam pek mereka. Jadi, jangan lupa singgah dan nikmati hidangan Melayu yang penuh dengan rasa nostalgia!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10