20 November 2024

Nikmati Masakan Cina-Muslim di Restoran Mohd Chan Malaysia Ipoh – Suasana Klasik Pawagam Lama

Kalau jalan-jalan cari makan di Ipoh, jangan lupa singgah di Restoran Mohd Chan Malaysia Ipoh, yang terletak di Jalan Raja Musa Aziz. Restoran ini terkenal sebagai tempat yang menyajikan pelbagai hidangan gaya Kantonis berkonsepkan masakan Cina-Muslim yang sesuai untuk semua pengunjung. 


Antara menu signature di sini yang memang wajib dicuba ialah butter prawns dan sweet and sour chicken. Dari rasa yang creamy dan berlemak untuk butter prawns, hinggalah kombinasi masam-manis yang sempurna untuk sweet and sour chicken – memang menggamit selera. Rasa macam tak cukup sepinggan je!



Apa yang menarik tentang restoran ni bukan sahaja makanannya, tetapi juga lokasi dan konsep klasiknya. Tahukah anda, Restoran Mohd Chan Malaysia Ipoh ni sebenarnya terletak di tapak bekas Pawagam Ruby, sebuah pawagam lama yang dibuka pada tahun 1938? Walaupun sudah diubah suai menjadi restoran, suasana klasik pawagam masih dikekalkan, menjadikan tempat ini lebih istimewa. Bila masuk, rasa macam kita ‘throwback’ ke zaman panggung wayang lama dulu-dulu.



Dekorasi dalamannya yang cantik sangat sesuai untuk bergambar. Mesti ramai yang datang sini untuk "OOTD" sebab vibe restoran ni memang klasik dan nostalgia habis! Walaupun sibuk bergambar, jangan lupa ya untuk menikmati masakan Cina-Muslim yang disediakan dengan penuh rasa dan kualiti.

Selain itu, restoran ni memang selesa untuk seisi keluarga. Sama ada datang makan tengah hari santai atau gathering bersama rakan-rakan, suasana restoran ni memang sesuai untuk semua. Ruang yang luas, meja yang tersusun kemas, dan servis yang cepat buat kita rasa tenang menikmati hidangan.





Jadi, kalau anda tengah jalan-jalan di Ipoh dan tercari-cari tempat makan best, singgah lah ke Restoran Mohd Chan Malaysia Ipoh ni. Selain menikmati hidangan yang lazat, korang juga dapat mengimbau kenangan lama dengan suasana restoran yang klasik dan unik ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10