Kalau dah sampai Ipoh, jangan lupa singgah ke Concubine Lane - atau nama asalnya Lorong Panglima (二奶巷) – salah satu lorong paling ikonik dan bersejarah di bandar ni. Lorong ni memang wajib masuk dalam itinerary korang kalau datang ke Ipoh.
Tersenarai dalam Jejak Warisan Ipoh yang diselia oleh kerajaan Perak, kawasan ni memang menjadi simbol usaha untuk melestarikan sejarah dan warisan bandar ni.
Sejarah Lorong Panglima ni sangat menarik. Kawasan ni dah wujud lebih 100 tahun, dan asalnya ia merupakan tempat kediaman untuk imigran Cina. Tapi, yang menjadikan lorong ni unik ialah kisah-kisahnya yang penuh rahsia. Katanya dulu, lorong ni merupakan kawasan "elite" yang menjadi tempat tinggal golongan kaya, lengkap dengan cerita manis-pahit kehidupan mereka.
Nama “Concubine Lane” sendiri pun dikaitkan dengan cerita bahawa ia pernah jadi tempat tinggal untuk isteri kedua atau ketiga golongan kaya zaman dulu. Memang ada aura misteri dan sejarah di sebalik lorong sempit ni.
Fast forward ke hari ini, Concubine Lane berubah wajah menjadi salah satu tarikan pelancongan paling popular di Ipoh. Lorong ni masih mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah dan klasik, tapi kini ia dipenuhi dengan deretan kedai cenderamata, kafe hipster, serta gerai makanan lokal. Kalau korang suka shopping atau nak cari buah tangan, di sinilah tempatnya.
Dari cenderahati unik, pakaian dan aksesori vintage, kuih tradisional, hinggalah ke hidangan tempatan – semuanya ada kat sini.
Kalau datang ke sini, jangan lupa cuba street food yang dijual sepanjang lorong. Antara yang popular termasuklah kaya puff, air kelapa dalam botol, aiskrim tempatan, dan pelbagai jenis dessert. Memang syurga makanan!
Tips penting untuk lawatan ke Concubine Lane: Datang awal pagi atau lewat petang.
Cuaca di Ipoh boleh jadi sangat panas, jadi kalau korang datang waktu ni, lorong lebih selesa untuk dijelajahi. Selain itu, waktu pagi dan petang biasanya kurang sesak, jadi korang boleh jalan-jalan dengan tenang sambil ambil gambar puas-puas. Cahaya matahari pun lebih cantik untuk foto, especially kalau korang suka vibe klasik dan heritage.
Bagi yang suka fotografi, Concubine Lane ni memang ‘Instagram-worthy’ habis. Bangunan lama yang penuh warna-warni dan vibe retro kat sini pasti buat gambar korang nampak lain dari yang lain.
Jadi, kalau ada plan ke Ipoh, pastikan Concubine Lane ada dalam senarai korang. Jangan lupa nikmati suasana unik di lorong penuh nostalgia ni!
Salam. Wah meriahlah di sini. Nanti senang senang saya baca posting awak yang lain ya
BalasPadam