20 September 2010

Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur

Muzium Tekstil Negara terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, di tengah-tengah antara Bangunan Dayabumi dan bangunan Sultan Abdul Samad. Muzium yang dibuka secara rasmi pada Januari 2010 menempatkan koleksi, sejarah asal-usul dan lain2 perkara yang melibatkan tekstil di negara kita.

2010_09_15_9045

Muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri utama seperti Galeri Pelagi, Galeri Pohon Budi, Galeri Ratna Sari dan Galeri Teluk Berantai.

Galeri Pelangi

Galeri ini mempamerkan koleksi warisan pakaian serta aksesori di dalam masyarakat Cina, Baba dan Nyonya serta koleksi etnik Sarawak dan Sabah.

2010_09_15_8945a 2010_09_15_8943a 2010_09_15_8941a Bilik Tayangan Multimedia

Galeri Pohon Budi

Galeri ini mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tesktil melalui jalan perdagangan. Turut diperagakan ialah peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil.

2010_09_15_8961a 2010_09_15_8964aPua kumbu

2010_09_15_8959a 2010_09_15_8955aPenghasilan batik

Galeri Ratna Sari

Galeri ini memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia. Antaranya seperti mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending yang diperbuat daripada bahan emas, perak, tembaga, manik-manik serta pelbagai bahan lain.

2010_09_15_9002aRambang mata O.O

2010_09_15_9000a 2010_09_15_8994a errkkkk?!~

2010_09_15_8991a 2010_09_15_8990a Ka Chingggg!!!!

Galeri Teluk Berantai

Galeri ini menempatkan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain berayat serta pelbagai jenis busana.

2010_09_15_9011a 2010_09_15_9018a 2010_09_15_9016a

 

Nota: Dalam muzium ni, penggunaan kamera dibenarkan tetapi tanpa penggunaan flash sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10