13 Oktober 2010

Oktober – Bulan Bahasa Kebangsaan

Selain dipilih sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan bulan memperingati P.Ramlee, bulan Oktober juga telah dipilih sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
2
"Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin."
-Malaysiakini.com

Tahun ini, negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan. Negeri itu dipilih kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Walaupun kita digalakkan untuk mempelajari dan menguatkan pengusaan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, kita tidak harus merupakan bahasa yang menjadi identiti negara kita dan diri kita sendiri juga.
Bagi pengguna bahasa Inggeris slanga, mungkin UrbanDictionary.com tidak asing lagi bagi anda. Bagi sesiapa yang tidak pernah menjenguk laman tersebut, sila lah berbuat demikian sekiranya anda masih tidak tahu penggunaan bahasa Inggeris ringkas dan slanga seperti IMHO, hit me back, ROFL, IDTS, kawaii, nosebleed dan lain2 lagi.

Penggunaan Bahasa Malaysia slanga atau bahasa rojak tidak lah meluas di dunia. Tetapi terdapat sebilangan perkataan telah dikenalpasti dan disenaraikan di Wikipedia.

BM (sumber : Wikipedia)

Macam comel kan? :P Apa kata kita sama2 buat satu laman yang mungkin boleh dipanggil KamusBahasaRojak.com? Hehe. Ok macam tak baik pulak sokong penggunaan bahasa rojak pada Bulan Kebangsaan –__-“
Apa apa pun, ingat lah.
“Bahasa jiwa bangsa.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10