10 Ogos 2012

Dugaan di bulan Ramadhan

Semalam pagi-pagi masuk ofis terus siap2 kene pegi Kuala Pilah, ada pegawai KPT nak visit Clinical School sana so bos suruh ikut dia pegi. Agak teruja sebab dah lama tak pergi Kuala Pilah, sejak meninggalkan KMNS dalam 2004. Semua org duk cakap dah tak lalu Bukit Putus, so dah tak pening-pening.

Habis lawatan dan mesyuarat dalam pukul 11 lebih terus berangkat pulang ke Bukit Jalil. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah beli makanan-makanan dan buah di kedai di tepi jalan Kuala Pilah. Macam la pergi melawat melancong ke mana-mana nak beli macam2 untuk bawak balik ke rumah kan.

Nona Sarawak


Lepas sampai ofis, rehat kejap, pukul 2 nak keluar balik ke MQA di Petaling Jaya. Selalu pergi hantar dokumen ke sana, maksimum satu jam ke satu jam suku dah boleh balik ofis balik. Semalam, masa nak pergi tengok polis bulatan Jalan Othman, PJ. Jalan sesak la sangat. tak pasti pulak kenapa jalan ditutup tu.

Sampai MQA agak lewat dari waktu perjalanan biasa.Hantar dokumen tak sampai 3 minit, terus nak gerak balik ofis. Pening jugak x tau nak ikut jalan mana sebab jalan nak masuk ke Jalan Klang Lama tu tutup. So decided nak ikut Federal Highway jugak dengan jem teruk tu. Dah dapat agak sampai ofis lewat punya lah.

Sekali sampai kat hujung Jalan Gasing, depan gereja dan KWSP, betul2 kat trafffic light before masuk Federal Highway nampak bas rosak. Merungut2 la dalam kereta kat Kak farhah yang ikut sekali, cakap bas rosak tgh jalan patut jem bla bla bla. tiba tibaa....... tup! kereta mati enjin! pas tu try nak start tak lepas. ingatkan mati enjin sbb terlepas clutch ke.. maklum lah bawak kereta manual. try start x boleh, ingat x free gear ke apa2 la. sekali memang betul2 x boleh start. xde bunyi yg macam bateri low ke apa. memang x boleh start!!

lepas dah tung tang tung tang  try check bateri panggil mekanik kat blakang Shell berdekatan (pastu dia cakap dia busy xleh datang tengok, sengal je penat tau jalan kaki melintas pi Shell tu) last2 decide call Am Assurance, tu pun lepas 3-4 kali diorang main pas pas nombor mane ntah. So tunggu la technician datang...Masa tu dah pukul 4 lebih kot. Dengan jem nye lagi, memang tau la tak kan sampai sekelip mata.

Nasib baik saya tak kesorangan... 

Oleh itu, melepak lah kami di tepi jalan menanti technician tu nak datang check kereta.. Saya sangat yakin bukan masalah tak ada bateri sbb bateri tu tak sampai setahun tukar. And kalau bateri dah weak, mesti ada signal2 seperti susah nak start 2 3 hari, mati tetiba pastu tapi boleh start balik dulu dan lain-lain lg.. so kami pun tunggu je la dgn pasrah nak tau kenapa kereta mati tetiba and x nak start langsung!

Dia sampai dah pukul berapa ntah. Pastu dia kata bateri kong habis kering kontang. UNBELIEVABLE!! Seperti yang dikatakan tadi, bateri tu tak sampai setahun pun blablablaaa. And kalau tau la memang hal bateri, baik tadi pegi Shell/BhP beli bateri tukar sendiri x payah tunggu berjam2 orang tu smpai. Aaarrgghh!

Ni lepas dah tolak ke tepi. Sebenarnya mati tengah2 jalan - lorong tengah2.. huhu.. Rosak betul2 belakang bas yang dikutuk2. Tapi masa ni bas tu dah menghilangkan diri. Tak sedar bila dia dah gerak masa kitorang tgh lepas kat tepi jalan tu.


Dah setel tukar bateri semua masa tu dah pukul 6 lebih dah, pastu kena pusing2 carik bank nak bayar kat technician tu sebab cukup cash nak bayar bateri tu. Lepas tu pusing2 carik surau pulak sbb tak Asar lagi. Semua petrol station area PJ tu memang tak ada surau ye? Nasib baik pusing-pusing last-last jumpa Masjid Tun Abdul Aziz. Lepas tu baru carik petrol station balik carik air untuk get ready nak berbuka. Maka berbuka lah kami dalam kereta atas jalan kat area PJ tu sambil mencari jalan pulang ke Bukit Jalil. Kesian Kak Farhah sbb kereta parking kat sana, so kene ambik kereta dia dulu baru boleh balik. sekali lagi meredah jem teruk..

Empat air untuk 2 orang. Bukan tamak. Tapi serious tekak pun kering kontang macam bateri sbb duduk tgh2 jalan dalam panas terik tu.

Sampai Bukit Jalil, singgah beli nasi lemak depan ofis sebab petang tu mak msg kata suruh beli kan apa2 sebab dia x beli makanan. tak bajet pulak anak dia tak masak sbb stuck tgh2 jalan kereta rosak kan.

Sampai rumah dah pukul 9 lebih malam dah.. Drive pun dengan tak larat nya.. Tapi sampai je depan rumah tetiba tersenyum kejap.

Sebab apa?

Sebab ini. :)

Lampu tujuh likur hand-made by Atuk

Lampu 7 likur dah mula pasang menandakan dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Teringat masa kecik-kecik lepas berbuka berebut2 nak tolong atuk pasang lampu ni. Lepas tu selang 5 minit intai kat tingkap tengok kot kot api terpadam, nak nyala kan balik. Memories... :')

Al-kisahnya, pukul 10.30 malam baru makan sebab tunggu mak balik terawih dulu.. Dugaan..dugaan... Alhamdulillah semua selamat.

Tapi masih tak puas hati kenapa bateri lama dulu pakai sampai 2 tahun lebih ok je tapi tetiba bateri ni boleh cepat sangat nak kering kontang tak bagi signal pulak tu pppffffttt!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10