11 Sep 2018

Jalan jalan Terengganu Part 1

Setelah lama tak berjalan-jalan, akhirnya Mummy dan Daddy buat keputusan untuk bawa Balqis dan Bilal ke Kuala Terengganu alang-alang dah ambil cuti yang panjang untuk hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kiranya, percutian ni officially percutian pertama Bilal dan first trip for us as a family of 4. Kami pilih untuk ke Terengganu memandangkan kami dah berada di Kuala Lumpur, so perjalanan dah dekat berbanding kalau nak ke Terengganu ulang-alik dari Penang.

Kami hantar mak ke Kompleks Tabung Haji Sepang hari Khamis. Waktu lapur diri tengahari, lepas tu mak terus masuk dengan group dan kami terus gerak ke Terengganu. Kami singgah di Kemaman dulu malam tu sebab plan nak jumpa dengan kawan se-universiti yang ada kat Kemaman. Alang-alang dah jalan ke sana kan. So, malam tu kami dinner dengan salah seorang sahabat di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Kemaman. 

Esoknya, kami ber-reunion kecil-kecilan sambil breakfast dengan 2 sahabat dari USM - Azrul dan Fakira. Diorang yang cadang makan kat kedai makan ni, katanya antara kedai sarapan yang terkenal. Sampai-sampai kat Kedai Abezi Nasi Kerabu Kambing Bakar ni, memang ramai orang dah. Antara menu yang ada kat kedai ni, of cos la Nasi Kerabu Kambing Bakar, ada roti canai dan murtabak, nasi berlauk, nasi lemak dan macam-macam lagi.


Kambing bakar yang sedap dan lembut. Memang teringat-ingat je.


Us with our kids, many years after graduating. 

Lepas sarapan sedap tu, kami gerak ke Kuala Terengganu dan buat persinggahan kedua di Dungun pula. Ni pun last minute contact dengan kawan yang lagi lama kenal, dari sekolah rendah, Sharifah. Kebetulan dia ada kat Dungun, so dapatlah singgah reunion lagi sekali. Rezeki pulak dihidang makan tengahari sekali. Sementara Daddy pergi solat Jumaat dengan husband Sha, anak-anak main bagai nak rak. 

Our juniors.

Habis Daddy balik solat Jumaat, baru lah kami teruskan perjalanan ke destinasi utama percutian, Kuala Terengganu.

Sotong dan udang comel di tengah-tengah jalan on the way ke KT. Mungkin simbolik makanan terkenal sotong dan udang celup tepung?

Sampai KT dah petang, terus check in Hotel Primula Beach Hotel. Settle check in, masuk bilik rehat dan solat kejap, lepas tu terus siap-siap nak bawak anak-anak main pantai atau ke kolam. Tak nak bazir masa sebab sampai pun dah petang.

Bilal first beach experience!
Baju pink nasib la sebab pakai baju lama Balqis hehe.

Definitely my fave view. <3


Primula Beach Hotel ni ada private beach, so memang seronok lah main pasir kat pantai yang tak ramai orang tu. Dah lah pasir dia lembut halus bersih pulak tu. Tapi area ni, beach guard tak kasi mandi sebab agak dalam kot. Kalau nak mandi kena pergi jauh sikit. Tapi sebab memang Mummy malas nak jaga, so Daddy sorang je nak jaga dua anak, maka ke pool saja lah ye senang nak pantau. Hehe

Lepas Maghrib, kami keluar carik dinner. Dinner kat area Pantai Batu Buurk je, makan seafood celup tepung tu lah, of cos. Tapi tak ada gambar pun sebab tak terlayan dua anak, dua karenah.

Balik tu, masing-masing lena pun awal sebab kepenatan travel dari pagi dengan main air lagi.

Esok nya pulak... sambung next post lah.


20 ulasan:

  1. Terengganu irra akan ingat Kuala Abang. Best sangat air laut putih bersih terjaga elok. Banyak kali ajak husband pergi lagi. Tapi tak pernah berkesempatan lagi . Harap dapat pergi lagi satu hari nanti

    BalasPadam
  2. ok tak hotel primula ? Tak pernah stay sana. Kalau okay next month nak stay sana , bawa anak2 tdo hotel. Memang best jalan2 cari makan kat Terengganu ni.

    BalasPadam
  3. ari tu hampir2 stay di primula. pantai. laut.
    tapi sebab musim hujan. and nak tganu sebab nak visit pakcik di KT, aida stay seri m'sia je.
    walking distance ke pasar payang, julia.
    menarik la journey julia ni. singgah-singgah jumpa friends (reunion).
    eratkan sillaturrahim :)

    BalasPadam
  4. Murni pon plan nak jalan2 terengganu laa cuti sekolah seminggu nanti. Banyak lg tempat yang Murni belom pernah pergi di Terengganu. Walaupon kelantan dan terengganu berjiran tapi Murni jarang ke terengganu.

    BalasPadam
  5. bestnya bercuti. airah dah lama sangat tak ke terengganu. banyak makanan sedap dan tempat menarik dekat sana kan

    BalasPadam
  6. Its been a while i didn't go Terengganu. Looking at your photos give me a litte throwback! I miss sotong goreng celup tepung. hehehe. I wish this year Terengganu will be my destination for holiday. I really wish

    BalasPadam
  7. Buat masa ni belum pernah sampai ke Terengganu.
    Tapi dah banyak terbaca pasal bestnya bercuti disana.
    Kalau ada peluang ke sana, teringin nak terjah habis habisan.
    Makan udang sotong celup tepung juga.
    Hehe

    BalasPadam
  8. Wah rindu nasi kerabu lah tambah pula daging kambing bakar. Memang selera lah. Kita Lama tak Ganu rasa rindu pulak kat sana.

    BalasPadam
  9. I never been to Terengganu before. Always wanted to go there. Need to plan a trip there soon

    BalasPadam
  10. Lama betul tak ke Terengganu, adalah dalam 2 tahun kot. Nasi kerabu daging bakar tu nampak sedap yang amat, kalau kesana nak singgah jugak lah kat sini

    BalasPadam
  11. Bestnya lama tak pergi Terengganu rindu nak pergi sana sebab sana makanan sangat banyak dan best tempat pantai cantik heheheh tenang jer rasa macam nak pergi pantai lagi lah wakakakaka...

    BalasPadam
  12. Lama tak bercuti ke Terenganu, Nasi kerabu kesukaan saya juga! arghh sedapnye... Nanti nak jugalah pergi cuti ke Terenganu dapat [ergi tempat makan best dan sedap

    BalasPadam
  13. Saya selaku anak jati Trg mengalu-alukan kedatangan Julia & famili..hehe..eh nasi kerabu daging bakorrrrla..sedap!

    BalasPadam
  14. KAdang2 percutian yg x dirancang tu akan jadi percutian yg menyeronokkan...menyelam sambil minum air...bwt dua perkara dlm 1 masa...terlanjur dh nk hantar ibunda tersyg ke sepang...singgah bercuti dulu..

    BalasPadam
  15. Yum.. yum... nasi kerabu. Jalan-jalan cari makan bersama keluarga memang Best kan. Selamat bercuti!

    BalasPadam
  16. Entah bila dapat bercuti ke terengganu, syoknya dapat pergi pantai..Hotel tu murah tak..ok tak..mana tau boleh masuk dalam list..hehee..nanti nak datang terengganu juga..cuti-cuti malaysia

    BalasPadam
  17. Best kan boleh spend time dengan anak-anak di tepi pantai dan beriadah. Ya~comel betul lar ada udang dan sotong gergasi kan? :)

    BalasPadam
  18. Bestnya. . Lama dah i xpi tganu.. Best kot ganu.. Kopok lekor yg kecik2 tu sedap gila kot

    BalasPadam
  19. Tak pernah lagi sampai Terengganu dan harap2 tahun ni dapat cover explore 1 Malaysia. Btw, saya bukan peminat daging kambing. makan siiiiikit boleh hehe

    BalasPadam

09 10