Jangan lepaskan peluang menikmati Buffet Ramadan Citarasa JEN di JEN Penang Georgetown by Shangri-La yang menawarkan pelbagai juadah makanan yang sedap dan pasti membuka selera anda!
Buffet Ramadan Citarasan JEN ni memang menyediakan pelbagai jenis makanan yang membuka selera semasa berbuka puasa. Ada macam-macam variety dari masakan tempatan hingga antarabangsa.
Yang paling best, ada live cooking station! Ada satay dan otak-otak yang dimasak on the spot dan char kuey teow yang digoreng atas permintaan. Tak lupa juga makanan-makanan signature Pulau Pinang seperti pasembor dan jeruk buah-buahan.
Selain hidangan utama, jangan lupa untuk cuba dessert pula. Ada kuih raya yang memang sesuai dengan suasana bulan Ramadan, dan yang paling best, ada chocolate fountain! Siapa yang tak suka coklat kan? Memang sedap nak celup-celup dengan buah-buahan dan marshmallow.
JEN juga sedang mengadakan giveaway menarik bermula dari sekarang hingga 9 April untuk Citarasa JEN! Ini adalah peluang untuk memenangi penginapan di Shangri-La Dubai selama 3 hari 2 malam, dan tiket pesawat pergi-balik oleh flydubai!
Untuk menyertai, hanya belanjakan minimum RM300 dalam satu resit untuk makan malam di Citarasa JEN, upload foto/video/reel dengan Citarasa JEN, tag @hoteljenpenang dan @flydubai di Facebook atau Instagram, dan gunakan hashtag #flydubaiwithJEN dan #CitarasaJENwithflydubai.
Citarasa JEN Ramadan Buffet
📅 12 Mac - 9 Apr 2024
⏰ 6:30pm - 9:30pm
💵 MYR118 nett/dewasa, MYR59 nett/kanak-kanak
Dan ada juga tawaran istimewa untuk anda! Dapatkan Voucher pra-pembelian Beli 5 Bayar 4 sekarang!
Jangan lepaskan peluang ini! Book sekarang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai di JEN Penang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan