Masuk tahun ni, dah hampir setiap tahun pergi jalan-jalan ke Melaka bersama Bonda tersayang dan sape2 ahli2 lain yang ikut. But usually just a one day trip la. Melaka mmg banyak tempat menarik nak di lawati, so still berbaloi pergi banyak kali. Thing is, even pergi tiap-tiap tahun pun, ade jugak tempat2 yang x sempat nak singgah, sebab dah 2 kali pergi, masa Cuti Tahun Baru Cina, konfem la semua tempat pun penuh sesak yang x terkata. So kali ni sangat puas hati sebab berjaya pergi ke tempat2 yang selalu x dan nak singgah tu. Heee~ :D
So, the first place we went to was the Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN. sebab tempat ini terletak di Ayer Keroh, so on the way keluar tol Ayer Keroh nak ke bandar tu, lalu sini dulu.
Persembahan kebudayaan yang biasa biasa sahaja. mungkin penari tidak bersemangat sebab bukan hari minggu yg ramai orang, atau mmg mereka begini sahaja.
Persembahan tarian zapin dan inang yang boleh dipertingkatkan lagi. Mungkin kalau orang luar negara, mereka rasa dah cukup traditional dah, but for me, the zapin just isn’t zapin enough. baik dari segi costume or choreography. And they should’ve tarian joget jugak kot. Joget is like one of the most famous traditional Malay dance, kan.
Hopefully hari-hari yang lebih ramai pelawat dan penonton, tarian mereka sebenarnya lebih menarik.
Orang Kuale Sepetang yang malas nak balik kampung selalu. huhu~
Duduk di tangga Rumah Melaka, orang tua-tua kata anak dara x baik duduk kat tangga ni ;p
Kemudian, ke Menara Taming sari pula. yayyy! Akhirnya. selalu datang memang panjang berjela la orang beratur. dapat jugak akhirnya nak tengok pemandangan Bandaraya Bersejarah dari 110meter secara 360 darjah ke seluruh Bandar Hilir Melaka dan kawasan sekitar. XD
Tapi x patut betul..bila dah turun, nak tangkap gambar menara, observation deck tu x nak naik2 pulak… T__T so gambar menara tanpa deck pemerhati tu. x cantik! nak tunggu lama lagi, panas terik & nak pergi tempat lain pulak.
Aktiviti seterusnya ialah.. menaiki bot Melaka River Cruise. yayyy!
So… di sepanjang perjalanan atas boat melalui Sungai Melaka……
Bondaku, Nurin kesayanganku & cik bubbles yg comel ;p
Sikit sikit gambar cukup. hehe~ waktu malam jalan ke Jonker Street sekejap, kasi chance si Nurin naik beca dulu… sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur di hati ;)
Ok. Sekian terima kasih. Nanti kite g jalan2 lagi ye, Bonda ku tersayang (bodek nih) :P