04 Julai 2019

Ruang kerja menarik di The Venture co-working space, Tanjung Tokong, Penang

Bekerja dengan permandangan laut yang saujana mata memandang? Mesti lah nak, kan! The Venture co-working space yang terletak di Tanjung Point merupakan ruang bekerja yang pertama dengan pemandangan laut di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.


The Venture menawarkan pelbagai pakej menarik untuk memenuhi keperluan anda, termasuk 'digital nomads' pada harga RM 20 sehari dan pas pelajar pada hanya RM15 sehari, dengan akses internet berkelajuan tinggi, kopi, teh & snek dan utiliti percuma.


Perkhidmatan lain menawarkan alamat perniagaan, pengendalian mel, pencetakan dan pengimbasan. The Venture juga menyediakan ruang untuk mesyuarat dan ruang acara.


The Venture Coworking Space Tanjung Point Tanjung Tokong Penang Pulau Pinang

26 Jun 2019

Produk K-beauty terbaru dari Althea A'Bloom

Got myself my very first Althea Korea products and it's the A'Bloom collection yeayyy! Excited sangat bila parcel ni sampai sebab dah baca ramai yang review barang Althea ni memang elok so nak juga lah merasa kan. And sebab sejak-sejak ada anak memang jarang sangat give attention to diri sendiri, ni anak kedua pun dah besar sikit, nak lah memanjakan diri sendiri balik kan. Asyik manjakan anak je hehe. 


Parcel ni sampai few days before raya hari tu. Tapi baru hari ni sempat nak update kat blog sebab (konon-konon) busy dengan raya hari tu. First sekali masa unboxing (which lupa ambik video sad!), surprise dengan packaging kotak dia. It's a Hari Raya themed box, okay. Rasa teruja sangat sebab Althea Korea took the initiative to make it personal as masa tu dah raya season. Love sangat, kan? Memang confirm akan simpan lah kotak tu. Dah lah memang sejenis hoarder hahaha.


A'Bloom adalah jenama terbaru dari Althea Korea yang menjanjikan untuk membawa kegembiraan kepada rutin kecantikan anda. Dengan konsep yang cute, unik dan berwarna-warni, A'Bloom ingin menjadikan rutin kecantikan sesuatu yang menyeronokkan. A'bloom direka untuk menyampaikan produk kecantikan K-beauty dengan segar, cepat dan funky!


So dalam kotak tu ada beberapa barang iaitu set A'Bloom Mask Sheet set, A'Bloom BHA Blackhead Blaster dan A'Bloom Giant & Baby Meringe Puffs. Jom tengok barang-barang tu, jom!


Althea Korea KBeauty Abloom Set Face Mask BHA Blackhead Blaster Meringue Puff

20 Jun 2019

Taiwan Expo 2019 bakal berlangsung di SPICE Arena, Pulau Pinang

Taiwan Expo 2019 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dari 10am ke 6pm. Kemasukan adalah percuma. Pameran ini mempunyai 6 kategori utama yang disesuaikan untuk pelan pembangunan Pulau Pinang dan mengukuhkan hubungan di antara Malaysia dan Taiwan, termasuk Bandar Pintar & Industri 4.0, Teknologi Hijau, Perubatan, Produk Halal, Gaya Hidup dan Pelancongan. 


Taiwan Expo 2019 akan disertai lebih daripada 100 pengilang di 110 gerai pameran. Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan perkembangan bandar pintar, Taiwan Smart City Pavilion akan menampilkan pelbagai solusi lengkap integrasi peralatan dan perisian; Excellent Taiwan’s Export Processing Zones akan membawa teknologi air terkini untuk rumah dan industri, termasuk pengisi automatik, mesin pengedap, panduan gergaji rantai dan lain-lain pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk industri makanan.


Taiwan Expo 2019 Malaysia Setia SPICE Penang

31 Mei 2019

Adam's Kitchen Coffee and Grill, Bandar Perda, Bukit Mertajam

Adam's Kitchen ni terletak di Bandar Perda, Penang, dekat dgn Restoran Kapitan Perda. Kedai ni actually dah lama nampak tapi tak pernah try. Setiap kali pergi makan kat Restoran Kapitan, Nash Bistro atau Kedai Nasi Arab Hadramawt kat sana, mesti cakap lain kali nak try makan kat Adam's Kitchen. Bulan ganti tahun, tak pergi-pergi pun jugak.


So hari tu, the in-laws family plan nak berbuka kat luar sambil sambut belated birthday Ayah dan advance birthday Ibu. Diorang suggest nak makan kat Adam's Kitchen, so setuju je lah sebab memang teringin nak cuba.


Adams Kitchen Coffee Grill Bandar Perda Pulau Pinang Penang Western Food

28 Mei 2019

Pelbagai tempat makan dan rehat baru di R&R Juru Arah Selatan, Pulau Pinang

Kalau sebelum ni, perjalanan dari utara ke selatan melalui Lebuhraya Utara Selatan tak banyak kawasan rehat yang agak besar di belah utara. Jadi semua tempat makan, tempat solat, tandas agak sesak. Kalau yang keluar exit bawah sikit, dah banyak juga pilihan tempat rehat seperti di R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah), R&R Sungai Perak atau R&R Tapah.


Tapi lepas kawasan baru dibuka di Pusat Perniagaan Setia Sentral di R&R Juru (arah selatan), lepas ni lebih mudah dan selesa lah para musafir nak isi perut, beli bekalan atau berehat seketika sebelum menyambung perjalanan tu. 


Kalau travel dari utara ke selatan lepas ni, boleh lah singgah tempat-tempat makan baru di R&R Juru Arah Selatan ni, selain gerai makanan R&R yang sedia ada. 


Ada sesetengah premis ini menyediakan kemudahan seperti surau, indoor playground kanak-kanak dan wifi percuma untuk keselesaan pelanggan. Dan hampir kesemua menyediakan perkhidmatan pandu-lalu.


Mcdonalds mccafe surau

15 Mei 2019

Tambang murah ke Seoul dengan Cathay Pacific

Hari tu duduk mengemas rumah, ternampak lah buku Little Pilot Logbook & Travelogue Diary Balqis ni dan photobook-photobook travel Balqis. Mummy pun belek punya belek. Sikit punya lama lah tak berjalan jauh rupanya. Kalau Balqis dulu umur 8 bulan dah start merasa naik kapal terbang (walaupun naik dari Penang turun Langkawi je haha), Bilal belum ada rezeki lagi nak bawak berjalan dengan aeroplane.


Lepas tu mula lah membayang-bayangkan, kalau la ada rezeki nak pergi jalan-jalan... nak pergi mana ya?



10 Mei 2019

Taiping Zoo, Ansari Famous Cendol and Mee Udang Mak Jah

We went to Taiping the last weekend before Ramadhan. Balqis had been asking us to bring her to hotel. She basically imagine to get to go to "hotel Terengganu" again because obviously she had so much fun when we were there. Primula Beach Resort, Kuala Terengganu has a fun slide and pool with views and a private beach for some sand play.


So anyway, since we obviously won't make a trip to Kuala Terengganu again in near future, we make a rather impromptu plan two days trip to Taiping as it is one of the nearest city and has some fun place for kids too.


We started our journey on Saturay morning to Taiping by car. The travel took around 40 minutes only from our home. We went straight to the Zoo Taiping as it was one of our main agenda for the trip.


Taiping Zoo Night Safari Perak
09 10