15 Januari 2024

Dolce Pinnacle Cafe, kafe terbaru di Iconic Point, Simpang Ampat, Penang

Hari tu kami sekeluarga ke satu cafe yang baru dibuka kat Iconic Point, Simpang Ampa, Dolce Pinnacle Cafe. Konsep cafe ini agak unik iaitu Italian-Asian fusion, gabungan citarasa Itali dengan Asia. Memang berbaloi kalau nak cuba sesuatu yang berbeza!

Lokasi cafe ini di Iconic Point, Simpang Ampat, betul-betul di tengah-tengah pekan, meletakkan kafe ini di antara kafe-kafe yang terkenal seperti Zus Coffee, Bask Bear Coffee, Secret Recipe dan juga kedai Family Mart. Parking di sini ada bayaran, tapi tidak lah terlalu tinggi bayarannya. Dolce Pinnacle ini terletak di tingkat atas. Tetapi jangan risau, ada elevator disediakan untuk ke tingkat atas.

Antara menu yang best-seller di sini ialah Beef Pepperoni Pizza. Serious, pizza dia memang terbaik! Cheesy sangat dan base dia lembut je, macam-macam rasa bergabung dalam satu gigitan.

30 November 2023

Little Daie Challenge 2023 by Little Caliphs Penang Zone

Simpan sini buat kenangan - Bilal's first competition.

Bilal dipilih mewakili tadika dalam acara Storytelling (bersama dua lagi kawan) dan Hafazan (Pra Tahfiz) untuk Little Caliphs Little Da'ie Challenge 2023 (Penang Zone).

Semi-final Little Da'ie Challenge dibuat secara tertutup manakala Pentas Akhir LDC 2023 Penang Zone pula dibuat secara terbuka di Mydin Mall, Bukit Mertajam.

Alhamdulillah, Mummy bangga dengan Bilal walaupun tak dapat hadiah untuk semua acara, tapi berjaya habiskan pertandingan dengan tenang saja. Mummy yang over nervous ya hahaha!

06 September 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 2023 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh!

Dari kecil, lagu ni memang kerap dinyanyikan bila menjelang hari kebangsaan Malaysia. Sekarang, anak-anak pun dah hafal dah lagu ni.

31 Ogos 2023 yang lepas, mummy daddy bawa the Bees ke Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan

Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Tahun ni, kali ke tiga kakak abang. Diorang dah tau dah akan ada perbarisan anggota badan beruniform dan perarakan kenderaan dan jentera-jentera, tu yang excited tu.

30 Ogos 2023

Funday Sunday bersama keluarga dengan lunch buffet di Spoon, G Hotel Kelawai

Kalau nak spend masa bersama keluarga atau gathering dengan rakan-rakan untuk lunch, tapi takut anak-anak rasa bosan menunggu ibu ayah bersembang, apa kata cuba book lunch buffet, Funday Buffet di Spoon, G Hotel Kelawai.

14 Ogos 2023

Nikmati BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang

Buat penggemar buffet, jangan lepaskan peluang menikmati BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang! Setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Apa yang menarik dengan BBQ Bounty Buffet Dinner ni? Seafood on Ice yang segar, pit BBQ yang "live" di open kitchen, dan pilihan memasak daging dan seafood mengikut citarasa sendiri, serta pilihan hidangan antarabangsa untuk hidangan pembuka, salad, hidangan utama, dan pencuci mulut.

Seafood on Ice

09 10