15 Januari 2010

Ok. I do feel old now.

Hari tu masa hujung minggu pertama bagi tahun 2010 yang diluangkan di rumah, terpikir nak selongkar almari nak carik gambar2 zaman skola2 + matriks + undergrad nak upload kat facebook (but mostly yang best2 dah upload dah) dan terjumpa dengan beberapa harta yang amat berharga. Harta yang berharga ni bukanlah emas ke duit ke. Tapi lagi mahal tau. Yang x boleh dibeli di mana2 tau tau..

Eh cop. Blog ni kejap ckp english kejap ckp BM. Hurmm..apa2 lah.

Ok. Sambung. So ada lah terjumpa beberapa harta yang membuatkan diri sendiri tersenyum sorang2 dalam bilik dan membuatkan diri rasa tua pulak sebab dah lama meninggalkan zaman harta2 berharga tersebut. Huhu~Look what I found.
2010_01_15_5798
2010_01_15_5801
Buku tulis masa zaman sekolah rendah SRK (P) Dato’ Abu Bakar (2) dan SRA Al-Watan. Ada beberapa buah buku macam ni dalam almari. Ada yang dah guna ada yang masih belum terusik.
Yang ada dalam gambar ni, buku sekolah SDAB tu belum guna. Masih kosong lagi. Yang buku sekolah Al-Watan tu dah guna. Buku pelajaran ‘Jawi’, darjah ‘2 Ros’. hehe. Buku tahun 1993 tu..
2010_01_15_5799Sekolah Rendah Agama Al-Watan, Jalan Traver, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
2010_01_15_5800
SRK (P) Dato’ Abu Bakar (2), Jalan Davis, Kuala Lumpur
Sekolah rendah ni dulu sangat lah orang x tau sebab sangat di hujung pelusuk mana ntah. Pagi2 pukul 6 lebih dah keluar pergi sekolah naik bas mini nombor 25 (memula warna biru, pastu bas mini diseragamkan jadi warna pink), turun kat Majestic, Pudu. Pastu kene jalan kaki jauh wooo.. dah la gelap lagi, lalu tempat setinggan, pastu byk anjing, pastu ada drug addicts pulak..bahaya. Tapi itu la yang dilalui sehari2.. Alhamdulillah masuk gak U hasil dari bejalan teruk2 ke sekolah untuk menimba ilmu. hehe..
Tapi sekarang sekolah tu betul2 tepi jalan kat fly-over bulatan kg.pandan menghala ke bukit bintang tu. sebab semua rumah area situ kene roboh masa diorang nak buat jalan tu.
Ok. Lepas tu.. jumpa lagi harta yang sangat berharga jugak. Ni harta yang wujud pada zaman sekolah menengah. Tahun 1999. Cuti sekolah hujung tingkatan 2 nak masuk tingkatan 3.
Jeng jeng jeng…………..
2010_01_15_5797Surat surat cinta dari kekasih hati ku.. Miss Nurbaiti Hanim, ya’ll!!!

Tau x kami sama-sama duduk Kampung Pandan, berkongsikan poskod yang sama?
Tau x klau naik bas dari rumah ke rumah dia hanya lepas beberapa bus-stop sahaja?
Tau x klau naik basikal pegi rumah die x sempat nak penat pun?
Tapi memang gatal kan saja nak tulis2 surat, siap pos lagi. Haha. Sekarang mane ade wehh…
2010_01_15_5811    
See she wrote my name as Mrs Julia Kavanagh. X paham kenapa? Read this!! hehehe2010_01_15_5805
Tengok lah. Siap tulis surat guna exam pad sekolah lagi. Semangat SABian betul girlfriend I sorang ni kan3. ;p2010_01_15_5809  
“Hanim Skywalker” LOL!! Masa ni tengah hangat pasal Star Wars Episode I : the Phantom Menace
And lepas tu jumpa benda ni pulak. Benda ni si Siti Marian, ex roomate kat Kolej Matrikulasi Kuala Pilah (KMNS) yang buat kan. Budak tu sgt kreatif dan sangat rajin la nak buat benda2 macam ni. Yang best nye masa masuk bilik tu, xtau dia pun suka Powerpuff Girl. Then, kitorg found out yang kitorg same2 gila PPG, and kebetulan dia sgt suka Buttercup, while me..ehem ehem.. of course la Bubbles. hehe So kitorg berdua ‘memberikan’ Blossom kepada our 3rd roomate, Nurul Amirah. Kami tinggal bertiga di bilik 4 orang itu. ;) I miss you both Yam and Nurul!!!!
2010_01_15_5791if u’re still wondering where the bubbles in “bubbles182” came from. ;)

p/s: Ye. Saya secara rasmi nya dah sedar yang saya dah tua (sikit) berbanding tahun2 yang lalu. Hahaha still in denial xnak mengaku dah tua betul ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10