30 April 2020

Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan - Hari Ketiga

Kalau belum baca cerita hari pertama dan hari kedua, jom klik sini dulu untuk baca.


Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan

Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan - Hari Kedua 


Hari ketiga pagi tu alas perut di homestay dulu sebelum memulakan perjalanan. Sebab lepas siap-siap, terus nak check out, singgah mana patut dan terus meneruskan perjalanan pulang ke rumah.


Sejak plan datang Kota Bharu, memang nak sangat makan di Yati Ayam Percik. Teringat-ingat masa makan di sini masa datang tahun 2014 dulu. Tapi masa dulu, datang dinner (kalau tak silap). Tapi sekarang dia tulis tutup pukul 6 petang pula. Sebab hari kedua tak sempat singgah sini, maka masuklah program dalam hari ketiga. Tu yang jadi alas perut breakfast kat homestay siap-siap sebab nak lunch awal di Yati Ayam Percik, sebelum terus gerak balik Pulau Pinang.


Dari parking kereta dah nampak asap berkepul-kepul dari tempat bakar ayam tu. Yummss! Lapar terus perut. Masa ni tak ramai orang lagi kat kedai, mungkin sebab awal lagi. Tempat makan selesa sebab ada ruangan yang ada penghawa dingin.



06 April 2020

Pengalaman Derma Darah Semasa Pandemik Covid-19


Hari Sabtu lepas, akhirnya keluar rumah setelah lama memerap di rumah kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah mengawal penyebaran Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia ni. Tapi, keluar pun bukan lah pergi jalan-jalan. Keluar dengan membantu mereka yang memerlukan dengan menderma darah di hospital.


Kali terakhir menderma sebenarnya dah lebih 5 bulan. Selalunya memang cuba pergi menderma selepas selang 3 bulan. Sebab jadi perempuan ni, banyak kekangan nak menderma. Mengandung, menyusukan anak, datang haid - waktu-waktu ni memang waktu tak sesuai menderma. Jadi bila tak ada ketiga-tiga situasi ni, memang cuba nak derma. Tapi selalunya banyak kempen hujung minggu, jadi kalau terlepas satu, kena tunggu lah kempen yang lain. Ada pulak hujung minggu yang free, tak boleh menderma sebab haid pulak kan. Tu yang jadi lebih 5 bulan tak menderma tu.


Nak dijadikan cerita, dalam group Derma Darah Penang kerap sangat mereka update sejak mula pandemik Covid-19 ni, minta penderma datang menderma sebab stok darah di Tabung Darah agak rendah. Kalau tak silap, memang stok di kebanyakan Tabung Darah si seluruh Malaysia sedang mengalami masalah yang sama sebab ramai yang tidak menderma sejak-sejak mula pandemik Covid-19. Lebih lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni, kempen derma darah tak dapat dijalankan.


(Sumber: Facebook Derma Darah Penang)

03 April 2020

Jalan-Jalan Kota Bharu, Kelantan - Hari Kedua

Kalau belum baca cerita hari pertama, jom klik sini dulu untuk baca.

Jalan-jalan Kota Bharu Kelantan


Hari kedua di Kota Bharu dimulakan dengan sesi mencari sarapan pagi. Tak lah mencari sangat sebenarnya, sebab dah ada destinasi yang memang dah aim. Salah satu tempat sarapan pagi yang terkenal di Kota Bharu semestinya Kedai Kopi White House. Masa kami sampai, kedai agak penuh, lama juga kami terpaksa berdiri dan tunggu ada tempat kosong.


Masa nak order makanan pun masalah juga. Masalah sebab tak tahu nak order roti bakar dengan telur separuh masak, atau nak makan nasi dagang, nasi kerabu atau nasi berlauk. Rambang mata! Tapi akhirnya pilih Nasi Dagang dengan lauk ikan. Sedapnya! Lawan dengan kopi panas. Ya Allah... nikmat sungguh!



01 April 2020

Jalan-Jalan ke Kota Bharu Kelantan


Salah satu destinasi jalan-jalan yang selalu lalu di fikiran bila niat nak melancong dalam negara mesti termasuk Kota Bharu, Kelantan. Kali terakhir melawat Kota Bharu tahun 2014, masa tu tengah mengandungkan Balqis. Awal tahun ni, keluarga mertua bincang nak pergi jalan-jalan bersama-sama. Jadi, Mummy pun gunakanlah kesempatan yang ada ni dan cadangkan pergi Kota Bharu.


Percutian ke Kota Bharu ni merupakan road trip yang agak singkat, hanya 3 hari 2 malam saja. Tapi, memang seronok! Sebab dah lama juga kami tak berjalan sekeluarga besar. Rasanya kali terakhir masa pergi jalan-jalan ke Genting Highland dan Bukit Tinggi dalam tahun 2015. Ke 2016?


Kami mulakan perjalanan seawal pagi selepas semua sarapan di rumah masing-masing dulu. Kami jumpa di tengah jalan, dalam perjalanan menuju ke Baling. Alhamdulillah cuaca baik pagi tu, jadi perjalanan pun lancar. Anak-anak dah sambung lena balik dalam car seat masing-masing, maka happy lah Mummy nak layan permandangan cantik dengan kabus di sesetengah kawasan tu tanpa gangguan minta itu ini. Hehe.



09 10