Disebabkan nampak macam menarik, kami pun terus plan untuk datang keesokan harinya. Dan ternyata, memang tak menyesal singgah!
28 Oktober 2024
Muzium Polis Diraja Malaysia: Destinasi Percuma Penuh Sejarah di Kuala Lumpur
Sebenarnya, sebelum ni kami tak pernah tahu pun pasal Muzium Polis Diraja Malaysia ni. Semuanya bermula secara kebetulan. Masa on the way nak ke Planetarium Negara, ternampak bangunan muzium ni. Lokasinya betul-betul di tepi jalan, dari arah Masjid Negara atau TV AlHijrah nak ke Planetarium.
17 Oktober 2024
Melawat Planetarium Negara: Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2024
Baru-baru ni, kami sempat bawa anak-anak ke Planetarium Negara Kuala Lumpur. Kebetulan masa tu ada Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2024, memang rezeki kami dapat datang waktu ni. Last kami datang Planetarium ni tahun 2019, sebelum pandemik. Lepas tu, Planetarium tutup untuk renovasi, dan sekarang dah buka semula. Jadi, memang teruja dapat bawa anak-anak, especially Bakri yang lately memang obses dengan roket dan astronaut.
28 Ogos 2024
Muzium Permainan Tradisional Bukit Malawati: Kembali ke Zaman Kanak-Kanak
Minggu lepas, kami berpeluang bawa anak-anak melawat Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Jauh jugalah perjalanan kami, tapi memang excited nak tengok muzium ni sebab nak tunjukkan anak-anak permainan yang pernah Mummy Daddy main masa kecil dulu.
Muzium Permainan Tradisional ni merupakan salah satu tarikan baru di Bukit Malawati, yang terkenal dengan kubu bersejarah, pemandangan cantik, dan pastinya monyet-monyet yang setia menyambut pengunjung.
Muzium Permainan Tradisional, Bukit Malawati, Kuala Selangor |
30 Julai 2024
Naik Kereta Api Furnikular Bukit Bendera di Awal Pagi
Selalu nak bawa anak-anak ke Bukit Bendera tapi selalu tak menjadi kenyataan sebab rasa malas nak redah ramai orang. Kali ni, kami dah buat plan nak naik ke Bukit Bendera dengan kereta api furnikular tu seawal mungkin.
Jom tengok tips kami naik tren ke Penang Hill yang tidak perlu bersesak-sesak!
06 Julai 2024
Anak-anak Berkebun Sambil Belajar di Kebun Komuniti Masjid Al Rasyidin, Nibong Tebal
Hari ni, Balqis dan Bilal seronok sangat sebab mereka berpeluang menyertai kelas berkebun yang dianjurkan oleh Kebun Didik Al-Rasyidin di Kebun Komuniti Masjid Al Rasyidin, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seronok betul melihat anak-anak ini belajar tentang alam sekitar dan cara menanam sayur-sayuran, sambil menikmati udara segar di kebun yang indah.
Cikgu Sara memulakan kelas dengan memperkenalkan anak-anak kepada anak benih. Beliau berkongsi cerita menarik tentang bagaimana benih kecil boleh menjadi pokok yang menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan. Budak-budak memang teruja, tak sabar-sabar nak petik sayur sendiri! Tapi, yang paling menarik sekali, sayur-sayur di Kebun Komuniti ni adalah organik – tak guna bahan kimia atau racun! Cuma menggunakan kompos dan kawalan serangga secara semulajadi. Memang sihat sangat!
Langgan:
Catatan (Atom)