cantik x permandangan macam kat atas ni?
ini lah pemandangan tiap2 pagi dari tingkap bilik hostel skarang ni. klau klau awan x tebal, boleh nampak matahari terbit yang sangat laaaa cantik :) terasa seronok je klau pagi2 tengok pemandangan macam ni kan. masa zaman undergrad dulu, pemandangan x best. pagi2 nampak samada blok lain, atau tengok kereta2 parking,, atau tengok pokok2 kelapa sawit yang banyak. sebab tu mmg suka sangat duduk bilik skarang walau pun jauh terpelosok di hujung-hujung.
tapi…..
bila petang2….. kadang2 rasa sedih je bile tengok luar tingkap….
kawasan Nibong Tebal yang banyak kilang ni agak x sihat udara petangnya. pencemaran dari kilang-kilang di kawasan berhampiran.. menyedihkan sangat.. :( kadang2 bukan setakat pencemaran udara, tapi dengan pencemaran bau juga… semoga pihak2 terlibat ini akan ada lebih rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Jom layan jap.
Hijau
Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba
Dia dicemar manusia,yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara,bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari ,tanpa disedari
Bumi tanpa lautan, akan kehausan
Pasti lambat laun hilang, duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar, siapa yang melihat
Di kala kita tersedar, mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok,
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
-Zainal Abidin-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan