31 Januari 2012

Bila nak kahwin?

I bet that most of you who is still single or in a relationship, 24 and above have been asked with that question by the makcik makcik especially during hari raya or family member's wedding kan kan kan? Some of you might find it ok, senyum jawab dengan ikhlas but I know some of you feel totally the opposite - menyampah, jawab dengan sakit hati jiwa raga, and ada yang terasa juga. Tapi ok la jugak kan kalau yang tanya tu makcik makcik - sinonim dengan perkataan busybody mengambil berat. -___-"

(Photo: Ghada Abdel Aal's I Want to Get Married)

But have you girls been asked that particular question by your guy friends? And then they make comments on you dengan jawapan - jawapan yang diberikan? I do. In fact there are many guy friends - married or not - have asked me the same question. Yang buat sakit hati nya adalah bila mereka memberikan komen sesuka hati diorang je. Here are some of the comments/assumptions made by them that I've compiled.


Situasi 1
"Bila nak kahwin?"
"Takde jodoh lagi la..."
"Kau memilih sangat memang lah."

First, you were never a close friend. How do you know if I have been choosy? One of them siap buat statement "Biasa lah orang KL, mesti carik orang KL gak.." Oh apekah ini? Tak paham betul orang yang ada mentaliti begini.
Kalau betul memilih pun, setakat jadi memilih sikit-sikit tak salah rasanya. Kalau Nabi s.a.w berpesan pada lelaki untuk mencari wanita kerana harta, keturunan, kecantikan dan agama untuk dijadikan panduan memilih bakal isteri, mesti lah kami yang perempuan-perempuan pun nak memilih yang terbaik untuk kami kan. Bukan la memilih sampai nak orang bergaji 5 angka, muka macam David Beckham semua tu. Tapi kamu nak juga mencari suami yang boleh jadi mengimamkan kami, yang boleh menerima keluarga kami dan yang boleh mendidik anak-anak kami nanti. Am I right, ladies..?

Situasi 2
"Bila nak kahwin?"
"Takde duit lagi... macam mana nak kahwin."
"Alaa kau tu perempuan, nak pikir pasal duit ape nye. Nanti laki jugak bagi duit."

Fuhhh...untunglah bakal isteri kamu itu ya.. Semuanya ditanggung beres. 
For me, growing up with a single-independent mother had taught me a lot to being an independent woman, too.

Bak kata Destiny's Child kan...

"The shoe on my feet, I've bought it 
The clothes I'm wearing, I've bought it 
The rock I'm rockin', I've bought it 
'Cause I depend on me 
If I wanted the watch you're wearin', I'll buy it 
The house I live in, I've bought it 
The car I'm driving, I've bought it 
I depend on me, I depend on me"

Yeahhhh that's right! (Cuma yang rumah tu belum lagi la hehee) 
So anyway, zaman sekarang ni kalau nak harapkan suami je bagi belanja perkahwinan, mau dia kena bagi RM15-20k kurang-kurang untuk belanja kat KL. Berbalik pada soalan di atas tadi, saya tak memilih lelaki yg mampu bagi macam tu ok.
Duit rumah, duit kereta, duit makan, duit minyak, duit belanja anak-anak, duit nak jalan-jalan - nak harapkan suami je ke? Kalau saya memilih, carik lelaki bergaji 5 angka, mungkin boleh lah nak harapkan beliau seorang, sambil duduk rumah main Facebook, main Twitter, blog hari-hari kan. 

Situasi 3
"Bila nak kahwin?"
"Tak ada orang nak *gelak gelak*"
"Tu laa ada orang nak, kau tak nak. Jual mahal."

Ni lagi satu. Mana kah anda tahu ada orang nak kat saya wahai incik kawan yang berjantina lelaki? Ada yang datang bagitau kat anda kah beliau nak saya?
Kalau tak ada, diam.
Kalau ada, cakap kat dia, kalau nak bukan cakap kat anda, tapi cakap kat mak saya.

Kadang-kadang tak faham kenapa sesetengah orang bersikap tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kalau korang dah kahwin, Alhamdulillah.. jaga la anak isteri tu baik-baik. Syukurlah kerana dikurniakan jodoh dan diberikan rezeki oleh Allah. Yang belum berkahwin tapi buat statement-statement seperti di atas tu, semoga anda ditemu dengan jodoh yang baik secepat mungkin juga.. Aminnn~

Oh ya. Tak ketinggalan ada jugak wanita2 yang dah berkahwin guna ayat seperti "Aku masa umur macam kau dah kahwin dah ada anak dah" atau "Teruk-teruk aku pun dah kahwin dah, kau tu?". Yup, ada je yang buat ayat macam tu. Astaghfirullahalazim.. Jodoh dan rezeki tu kuasa Allah. Bukan kah Allah dah pesan semua yang kita ada ni pinjaman je? Yang duk takbur sangat tu tak takut Allah tarik balik?

Dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Allah Ta'ala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi; dan (ketika itu) Arasy Allah Ta'ala berada di atas air."

So, soal jodoh ajal maut rezeki ni kite berserah je pada Allah, dengan usaha dan tawakkal. Kalau duduk berlengang je tanpa usaha, tunggu duit jatuh dari langit, tunggu anak jutawan masuk meminang pun tak boleh jugak. 

Kepada sesiapa yang dah baca entry ni, harap paham-paham lah perasaan orang lain jugak dan tak sesukati hati je tanye orang dan buat andaian-andaian yang korang tak sedar boleh melukakan hati rakan-rakan. Ok? Cheers! ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

09 10