14 Ogos 2023

Nikmati BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang

Buat penggemar buffet, jangan lepaskan peluang menikmati BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang! Setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Apa yang menarik dengan BBQ Bounty Buffet Dinner ni? Seafood on Ice yang segar, pit BBQ yang "live" di open kitchen, dan pilihan memasak daging dan seafood mengikut citarasa sendiri, serta pilihan hidangan antarabangsa untuk hidangan pembuka, salad, hidangan utama, dan pencuci mulut.

Seafood on Ice

19 Julai 2023

Seronoknya bertukang di Pesta Bina, KitaBina Maker Space!

Beberapa minggu lepas, kebetulan kami sekeluarga ada di Kuala Lumpur. Lepas tu ternampak ada rakan yang berkongsi tentang satu aktiviti yang menarik yang anak-anak boleh turut serta iaitu Pesta Bina di KitaBina Maker Space yang terletak di Subang Jaya.

Pesta Bina ni aktiviti untuk buat projek pertukangan (woodworking) yang simple sambil belajar asas kerja kayu dalam masa satu jam sahaja! Nak tau lebih lanjut? Jom baca!


29 Mac 2023

Pusat Sains Negara Cawangan Utara, Alor Setar

Pada akhir tahun yang lalu, kami akhirnya mendapat peluang untuk melawat Pusat Sains Negara (PSN) Cawangan Alor Setar. Sebelum ini, semasa kami mengembara di Alor Setar pada tahun 2020, peluang untuk mengunjungi PSN tidak terbuka kerana ia sedang ditutup untuk tujuan penambahbaikan. Namun pada bulan Disember tahun lepas, kami berjaya membawa anak-anak kami ke tempat ini.

Pusat Sains Negara Cawangan Utara terletak di kawasan Gunung Keriang dan merupakan destinasi yang menarik untuk dilawati oleh semua golongan, sama ada kanak-kanak atau dewasa. Semua orang dialu-alukan untuk datang dan memperoleh pengetahuan baru di sini. Kawasan ini juga berdekatan dengan Muzium Padi yang menarik perhatian.

30 November 2022

Pengalaman berniaga bersama Kids Entrepreneurs Club di HG Concept Penang

Hari Ahad yang lepas, Balqis dan Bilal buat pertama kali buka booth dan berniaga sendiri setelah banyak kali menyuarakan keinginan nak cuba berniaga. Kebetulan Mummy terjumpa satu post di Facebook FirstSeed tentang bazaar/booth yang memang khas untuk kanak-kanak berniaga.

Selalunya kids bazaar ni memang dah banyak diadakan kat kawasan Kuala Lumpur atau Selangor tapi ni akhirnya jumpa yang diadakan di Pulau Pinang.

Kids Entrepreneurs Club ni di bawah kelolaan HG Concept, sebuah pusat penjualan pokok di Jalan Lahat, Pulau Pinang. Bila dapat tau tentang Kids Entrepreneurs Club bazaar tu, terus Mummy tempah satu booth walaupun tak tahu lagi nak jual apa.


21 Jun 2022

Pameran Stories + Art = Picture Books di GMBB Kuala Lumpur oleh Museum of Picture Book Art

Setelah lama nak melawat Museum of Picture Book Art yang terletak di GMBB Kuala Lumpur, akhirnya minggu lepas dapat slot in masa sekejap untuk singgah. Itu pun kebetulan dapat tahu ada pameran picture books yang dianjurkan oleh Museum of Picture Book Art yang diberi nama Stories + Art = Picture Books.

Salah satu sebab nak melawat pameran Stories + Art = Picture Books sebab nampak Kak Emila Yusof post yang dia akan ada pameran solo. Kak Emila salah seorang dari pelukis kegemaran Balqis. (dan Mummy hahaha!)

09 10